Monday, September 1, 2008

Ke mana hendak pergi .....masuk percuma

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai oleh Kerajaan Pusat pada tahun 1987. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar di samping Pulau Tuba dengan keseluruhan penduduk seramai lebih kurang 48 ribu orang.

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Ko Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Kuah.

Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 890 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.

Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi). Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark setelah mendapat pengiktirafan Geopark dunia ke 52 pada 1 June 2008 dari UNESCO. Langkawi juga diberi gelar Langkawi Permata Kedah oleh kerajaan Negeri Kedah.

Langkawi merupakan lokasi formasi batuan tertua di Asia Tenggara berusia lebih 550 juta tahun dan batu ‘dropstone’ berusia satu bilion tahun boleh didapati.Tambahan pula Langkawi mempunyai 99 buah pulau yang romantik dan diselubungi pelbagai misteri legenda

Dengan program pelancongan selama 3hari 2malam misalnya, hanya beberapa tempat sahaja yang mampu anda jelajahi.

Berikut adalah beberapa tempat yang dicadangkan lawatan ke situ.

Free Entrance
















Di mana hendak menginap....

Anda bercadang hendak ke Langkawi? Di Langkawi Tourism Bureau, kami menyediakan perkhidmatan tempahan penginapan yang anda inginkan. Dari hotel bertaraf 5 bintang hinggalah ke hotel budget. Malah kami juga menyediakan kemudahan tempahan untuk apartmen / Kondominuim / Motel / Asrama / Homestay dan Rumah Tetamu.





ASRAMA
  • Sri Pulau, Kuah
  • Asrama KPD, Kuah
  • Asrama Belia / Pengakap, Kuah

    RUMAH TETAMU / GUEST HOUSE
  • A-Bau Guest House, Kuah
  • Che Manis Guest House

    HOMESTAY

  • Kg. Wan Tok Rendong
  • Kg. Ulu Melaka
  • Kg. Sungai Etau
  • Kg. Pulau Tuba, Pulau Tuba

  • BUDGET HOTEL / MOTEL
  • CITY HOTEL / APARTMENT
  • BOUTIQUE HOTEL

  • OF ISLAND RESORT - Rebak Marina Hotel

  • COUNTRY RESORTS

  • HOTEL & RESORTS

  • MOTEL / CHALET


    Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi kami di talian 04-966 3381, 019-4488044 (Ibrahim) atau email : langkawioutdoor@yahoo.com.my


Asrama Pelancong

Melancong ke Langkawi?
Penginapan budget untuk lawatan berkumpulan. Tempahan awal diterima dan dialu-alukan.
Untuk besarkan. klik imej.


Khidmat Sokongan Pelanggan
Pihak kami juga menyediakan khidmat sokongan program pelancongan anda ke Langkawi. Daripada pakej pelancongan sedia ada, pihak kami juga boleh menyediakan pakej yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak serta seiring dengan budget anda.
  • Tempahan bas sekolah / Persiaran
  • Tempahan tiket feri / Kapal terbang
  • Tempahan Hotel / Motel / Chalet / Asrama
  • Tempahan Van / Kereta pandu sendiri
  • Tempahan bot untuk 'Island Hopping'
  • Tempahan bot untuk 'Kilim Geoforest Park Mangrove Tour'
  • Tempahan khidmat Videografi / photografi
  • Tempahan khidmat pemandu pelancong
  • Tempahan khidmat Katering
  • Tempahan Pakej Memancing
  • Tempahan Pakej Khas
  • Tempahan Pakej Pelancongan Sedia Ada.
  • Tempahan Pakej Pelancongan Ubahsuai.
  • Lain-Lain